Muhammad Zaini's Album Collection
Sambutan Hari Raya
Contains 13 items, last updated on 10/28/07
Walaupun pelajar malaysia di Belgium tak begitu ramai, tetapi alhamdulillah sambutan sangat meriah dan sungguh bermakna. Orang-orang Cina dan India turut meraikan bersama-sama dengan kami. Ada juga orang-orang malaysia dan singapura yang bekerja turut bersama-sama memeriahkan suasana.
My Supervisor
Contains 4 items, last updated on 10/28/07
Inilah supervisor saya namanya Prof. Dr. Bernard De Baets. Seorang professor yang muda dalam lingkungan 38 tahun. Very Friendly. Ketua Editor bagi Jurnal Fuzzy Sets and Systems. Dia juga sebagai penasihat bagi Multimedia University di Malaysia. Jemputan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara keluarga saya dengan keluarga beliau. Beliau suka makanan Malaysia terutamanya masakan sup.
Universitiet Gent
Contains 8 items, last updated on 10/28/07
Ini sedikit gambaran mengenai University of Ghent (nama belandanya ialah Universitiet Gent). Kampusnya sama juga macam kampus UniMAP berselerak di seluruh bandar Gent. Beberapa gambar ini diharap dapat membuka selera rakan-rakan yang berada di Malaysia, khususnya di UniMAP yang berminat atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran PhD di sini. Sistem pengangkutan awam seperti Tram memudahkan pelajar-pelajar ke universiti. Tetapi kadar sewa rumah sini agak tinggi. Sewa bilik sekitar 200-300€ sebulan, studio sekitar 300-450€ sebulan, apartment lebih daripada 450€. Ada 6-7 masjid kepunyaan orang-orang moroko dan 6-7 masjid bagi orang-orang turki. Makanan halal banyak di Gent ini.
Lawatan ke Puyenbroeck
Contains 22 items, last updated on 09/01/07
Dua bulan selepas mendaftar sebagai pelajar PhD, satu lawatan anjuran Universitiet Gent khusus untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Lawatan ini bertujuan merapatkan hubungan di kalangan pelajar dan keluarga.











